Ateisme mula menular kembali seiring kemajuan sains dan teknologi

Di Kuasakan Oleh :

Apa itu ateisme? Ateism bukan lah agama tetapi suatu kefahaman atau kepercayaan bahawa Tuhan itu tidak wujud. Secara kasarnya mereka menafikan kewujudan Tuhan dengan jelas. Dan secara halusnya fahaman Ateism ini wujud tanpa sedar dengan sikap yang terlampau bergantung kepada akal logik semata-mata. Peringkat permulaan bermain-main dengan logik akal, berlaku kajian tanpa pertimbangan di fikiran dan lama-kelamaan akan mula menafikan kuasa Tuhan atau kewujudan Tuhan.

sumber: ms.m.wikipedia.org

Definisi Ateism

New Ateism. Secara etimologinya, perkataan "atheism" berasal daripada perkataan Greek atheos, "a" bermaksud tanpa dan "theos" bermaksud Tuhan-Tuhan. Ini definisi oleh Oxford. Dalam istilah Arab pula dipanggil ilhad dari segi istilahnya adalah sebuah mazhab falsafah yang berdiri atas fahaman nihilisme yang mana asasnya adalah menafikan kewujudan Allah SWT sebagai pencipta. Golongan mulhidun mendakwa bahawa sesuatu ciptaan itu wujud tanpa Pencipta. Definisi ini di petik dari Bayan Linnas siri ke 107 Muftiwp.

Menurut bacaan satu artikel yang di tulis di website Astro Awani yang bertarikh 27 November 2017 "Media baharu antara punca gejala ateisme berleluasa". Fokus yang di bongkar adalah menjurus ke satu golongan sahaja iaitu Belia muslim. Cara hidup belia, kurangnya didikan agama, tidak mengamalkan cara hidup Islam dan perasaan was-was tentang ketetapan syariah.

BACA JUGA  Pernah Masjid Ditutup Pada Zaman Dahulu

Sememangnya jiwa menjadi rapuh jika jahil tentang agama diusia muda. Tapi kini selain belia biasa-biasa yang terjebak dengan ateism ada beberapa lagi golongan termasuklah golongan profesional. Golongan profesional yang berjawatan, berkerjaya juga tidak terlepas dari pengaruh fahaman ateism.

3 Punca Profesional Terjebak Dengan Ateism

Golongan ini ada yang mempunyai pengetahuan ilmu agama dan ada juga yang tahu ala sekadarnya (biasa). Kadang mereka ini rasa terlalu bangga dengan jawatan, kerjaya, dan kemahiran berfikirnya. Mereka rasa mereka lah yang paling bijak sehingga tergelincirnya akidah. Mereka tenggelam di dalam fikiran sendiri.

Tenggelam di dalam permainan logik akal, tenggelam di dalam kajian saintifik sendiri.

Kalau dulu hanya orang biasa sahaja yang selalu was-was sehingga timbul pertanyaan dalam diri sendiri. Soalan lazim contohnya " Betul ke jika aku jaga agama Allah, Allah akan jaga aku?" @ "Betul ke Tuhan terima amal ibadah aku" dan pelbagai lagi pertanyaan dari soalan was-was berlaku sehingga mendorong kearah tidak mempercayai Tuhan dan agama.

BACA JUGA  Pernah Masjid Ditutup Pada Zaman Dahulu

Zaman sekarang sudah mula kedengaran dari mulut-mulut golongan profesional pula. Suara-suara dari ayat orang yang ateism muncul " Betulke solat dhuha boleh mendatangkan rezeki?" , "Baca surah Fatihah untuk kesembuhan? Ada bukti saintifik ke baca doa ni boleh jadi ubat dan menyembuhkan penyakit? Mana kajiannya?Soalan yang mereka keluarkan ini berbeza nadanya dengan soalan-soalan dari Belia biasa tadi. Belia tanya soalan dengan nada was-was. tapi masih merendah diri. Tetapi Golongan profesional ini bertanya dengan nada yang cukup angkuh dan bangga diri boleh mempertikaikan malah keadaan bertanya seolah-olah terlampau seronok.

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dikasihi, Jangan begitu dengan perkara yang datang dari agama.

Jangan memperlekeh-lekehkan jika di dalam hati rasa sangat tidak yakin sekalipun. Cuba tahan jangan sampai terkeluar kenyataan yang boleh mencederakan Agama. Sangat besar kesan buruk jika perkataan begini keluar dari mulut golongan profesional. Takut-takut menjadi panduan kepada ateis-ateis yang akan datang.

Akhir sekali, untuk pengetahuan semua. Bacaan dari ayat-ayat suci al-Quran serta doa-doa yang warid datang dari Nabi S.A.W itu tidak perlu kajian saintifik pun untuk diamalkan. Hanya perlu tahu taraf hadis sahaja, asal bukan hadis palsu. Doa hanya perlukan Keyakinan dan usaha bersungguh-sungguh. Tuhan titik beratkan bukti akal dan Tuhan juga titikberatkan keimanan dan keyakinan.

BACA JUGA  Pernah Masjid Ditutup Pada Zaman Dahulu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Isu Air Tercemar Di Selangor

Isu Air Tercemar Di Selangor

Isu air tercemar di Selangor yang menyebabkan sistem bekalan air di hentikan. Aku tinggal di Meru Klang maka rumah aku...

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram