Pelawaan kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Politeknik Premier dan Government-Linked Universities (GLU) untuk memohon tajaan JPA – Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tahun 2023.
Penajaan dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Politeknik Premier dan Government-Linked Universities (GLU) yang ditetapkan.
Tarikh Permohonan |
---|
20 Mac 2023 – 2 April 2023 |
1. SYARAT UMUM
- Warganegara Malaysia
- Mempunyai kesihatan yang baik
- Ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA
- Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan)
2. SYARAT KHUSUS
- Telah memulakan pengajian peringkat ijazah pertama sebelum tarikh iklan ditutup
- Memenuhi syarat akademik seperti berikut:
- Pelajar telah memulakan pengajian dan memperoleh PNGK terkini sekurang-kurangnya 3.30
- Mempunyai baki 12 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini/semasa.
3. BIDANG PENGAJIAN
- Kejuruteraan Dan Teknikal
- Seni Bina
- Sains Sosial
- Sains
- Veterinar
JPA akan membiayai yuran pengajian mengikut kadar Universiti Awam sahaja (saluran alternatif/terbuka/private wing/pengajian tanpa subsidi yuran pengajian tidak ditaja). Manakala, kadar yuran pengajian di GLU adalah tertakluk kepada invois yang dikeluarkan oleh GLU.
Permohonan secara dalam talian, syarat & maklumat lanjut di:- https://esilav2.jpa.gov.my atau https://www.jpa.gov.my
Saluran pertanyaan:
- Talian Call Centre : 03- 8885 3297
- E-mel : [email protected]