HomeBeritaBiodata Bella Astillah

Biodata Bella Astillah

Bella Astillah merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita yang tidak asing di Malaysia. Nama sebenar Bella Astillah ialah Dayang Nabellah Binti Awang Astillah. Beliau juga bekas isteri kepada seorang penyanyi yang bernama Alif Aziz. Mereka hidup bersama sebagai suami isteri bermula akhir tahun 2016 hingga tahun 2019. Bella mempunyai seorang adik yang juga seorang penyanyi bernama Didi Astillah.

Bella sah bercerai dengan Alif Aziz pada 16 mei 019 di Mahkamah Rendah Syariah wilayah Persekutuan,Kuala Lumpur. Selepas peristiwa ini Bella Astillah menekad kembali untuk menceburi bidang seni untuk kelangsungan hidup bersama anaknya.

Bella Astillah di dalam Drama ” Cinta Belum Tamat tempoh‘ pada tahun 2019 memegang watak ‘Qaisara’ sebuah drama di saluran Astro Ria. Di tahun yang sama juga beliau berlakon di dalam telefilem ” Jamil Balik Kampung“. Bercerai bukan bermakna dunia sudah berakhir.

Bella Astillah lahir pada tahun 15 mac 1994 di Sandakan,Sabah. Kini usia umur Bella ialah 26 tahun.

RELATED ARTICLES

Most Popular

Recent Comments