HomeBeritaBiodata Dr Noor Hisham

Biodata Dr Noor Hisham

Dr. Noor Hisham ialah watak utama yang akan dikenang sepanjang zaman. Semoga Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dan seluruh barisan hadapan terus kuat, sihat dan bersemangat untuk memerangi #Covid19.

Kami seluruh Rakyat Malaysia sentiasa di belakang menyokong dan mendoakan YBhg Datuk agar dipermudahkan dan diberkati segala urusan khususnya dalam berbakti kepada negara dalam memerangi Covid-19.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran buat Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.

BIODATA DR. NOOR HISHAM

Dr. Noor Hisham dilahirkan di Sepang, Selangor pada 21 April 1963. Beliau dibesarkan oleh seorang ibu tunggal bersama-sama kakaknya di Flat San Peng, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur.

Semasa berusia 13 tahun, beliau diambil sebagai anak angkat oleh Ustaz Nik Mohd Mohyideen Wan Musa, seorang tokoh pendidikan Islam negara dan bekas Pengetua Kolej Islam Klang.

Berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Surgeri dan Ijazah Doktor Perubatan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan rakyat Malaysia pertama dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembedahan Global, Persatuan Pembedahan Antarabangsa (ISS) sesi 2017-2021.

Dr. Noor Hisham dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) pada 1 Mac 2013, 25 tahun selepas menyertai perkhidmatan awam pada 1988.

Pernah bertugas sebagai pakar bedah kanan dan pakar bedah endokrin di Hospital Putrajaya. Kepakarannya adalah dalam kanser endokrin payudara.

Dr. Noor Hisham adalah wajah paling dipercayai di Malaysia hari ini dalam isu-isu berkaitan wabak COVID-19. Kepercayaan ke atas beliau adalah merentasi ideologi politik dan diiktiraf sebagai salah seorang daripada tiga doktor terbaik dunia dalam memerangi wabak ini oleh saluran TV China. Dua yang lain adalah Dr. Anthony Fauci (Pengarah NIAID Amerika Syarikat) dan Dr. Ashley Bloomfield (Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand).

Dr. Noor Hisham ialah watak utama yang akan dikenang sepanjang zaman. Semoga Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dan seluruh barisan hadapan terus kuat, sihat dan bersemangat untuk memerangi #Covid19.

Kami rakyat Malaysia sentiasa di belakang menyokong dan mendoakanmu.

TERIMA KASIH WIRA MALAYSIA !

KitaMestiMenang

DudukRumah

RELATED ARTICLES

Most Popular

Recent Comments