HomeBeritaHUKUM MENYEBARKAN RAKAMAN VIDEO PERBUATAN MEMBUNUH DIRI

HUKUM MENYEBARKAN RAKAMAN VIDEO PERBUATAN MEMBUNUH DIRI

Soalan:

Assalamualaikum SS Mufti. Baru-baru ini banyak kes bunuh diri yang direkodkan terutamanya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlarutan. Semakin ramai insan yang tertekan dengan hidup hingga membuat keputusan untuk membunuh diri. Sebahagian mereka merakam detik akhir hayat mereka. Sebahagiannya dirakam melalui CCTV. Kemudian, rakaman tersebut menjadi tular di media sosial. Mohon SS Mufti ulas sedikit berkenan ini. Terima kasih.

Ringkasan Jawapan:

Hukum menyebarkan rakaman video atau gambar si mati adalah haram dan tidak sepatutnya dilakukan kerana ia boleh mendedahkan aib si mati dan menyakiti hati keluarga. Ia juga boleh menyumbang kepada copycat suicide (sila rujuk huraian jawapan). Penyebaran video sebegini adalah ancaman kepada kesihatan mental dan risiko nyawa orang lain. Perbuatan yang mengancam keselamatan diri dan insan lain adalah diharamkan dalam Islam.

Oleh itu, kita mesti memelihara lidah dan tangan daripada menyakiti serta menjadi ancaman kepada orang lain. Ini adalah akhlak yang perlu dipegang oleh seorang Muslim. Kita juga perlu lebih cakna mengenai kesihatan mental dengan menambah pengetahuan terhadap bunuh diri serta isu-isu kesihatan mental yang lain. Semoga Allah memelihara kita dan semua ahli keluarga daripada tragedi menyedihkan sebegini.

Sila rujuk pautan berikut untuk membaca artikel penuh:
https://www.muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4858-al-kafi-1812-hukum-menyebarkan-rakaman-video-perbuatan-membunuh-diri

Previous article
Next article
RELATED ARTICLES

Most Popular

Recent Comments