Persepsi sesetengah rakyat Malaysia menganggap bahawa mereka tidak layak lansung mencarum kumpulan wang simpanan perkerja(KWSP) oleh kerana mereka tiada pendapatan yang tetap. oleh kerana mereka bekerja sendiri atau kerana mereka bekerja di luar negara.
Padahal mereka sebenarnya layak mencarum di dalam kumpulan wang simpanan pekerja(kwsp) melalui skim simpanan persaraan 1 Malaysia (SP1M). Skim SP1M ini memang di perkenalkan untuk menggalakkan mereka yang berkerja sendiri,tiada pendatan tetap dan juga bagi mereka yang bekerja di luar negara untuk mencarum di dalam kumpulan wang simpanan pekerja(kwsp).
Simpanan persaraan 1 Malaysia (SP1M) ini tiada jumlah tetap yang di kenakan. Mereka boleh mencarum secara suka rela mengikut kerelaan dan kemampuan mereka sendiri. Mereka boleh mencarum dari RM50 sehingga RM60.000 setahun pada bila-bila masa yang sahaja yang mereka mahu. Had umur kelayakan pula ialah 55 tahun ke bawah layak mencarum. Layak mendapat dividen tahunan yang sama sepertimana pencarum lain mengikut keadaan tertentu kadar semasa. Mereka patut merasai simpanan dan menikmati keselesaan ketika pencen ataupun bersara nanti.
Ini adalah perkara yang baik bagi mereka yang ingin bekerja di luar negara ataupun di singapura. Jadi sekarang boleh lah cari peluang pekerjaan di luar negara dan juga yang paling dekat di singapura. Mencari peluang bekerja di singapura beserta dengan kajian teliti dan panduan yang sebetulnya dengan pihak-pihak yang tepat dan berpengalaman.