HomeBeritaMaklumat Terkini Permohonan Bantuan Sara Hidup BSH 2020

Maklumat Terkini Permohonan Bantuan Sara Hidup BSH 2020

Permohonan BSH 2020

  • Tempoh Permohonan dan Pengemaskinian Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 akan dibuka mulai 1 Februari 2020 hingga Mac 2020.
  • Pemohon tidak perlu membuat permohonan baru / kemaskini BSH 2020 sekiranya:
    • Permohonan BSH 2019 yang lulus dan tiada sebarang perubahan maklumat dan:,
    • Pemohon orang kurang upaya (OKU) yang tersenarai sebagai penerima eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) seperti berikut
      • Elaun pekerja cacat
      • bantuan penjagaan OKU
      • Bantuan OKU tidak berupaya bekerja
      • Bantuan Orang Tua
  • Pemohon perlu membuat Permohonan Baru / Kemaskini BSH2020 sekiranya:
    • Pemohon yang belum membuat pendaftaran Permohonan BSH termasuk kategori Baru; atau
    • Permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan menepati syarat kelayakan BSH2020; atau
    • Permohonan OKU yang tidak tersenarai sebagai Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH2020
  • Maklumat BSH2020 yang akan menyusul untuk paparan dan sebagai informasi kepada umum adalah seperti berikut:
    • Permohonan melalui dalam talian
    • Panduan Pengguna bagi permohonan dalam talian
    • Borang permohonan BSH2020 yang boleh di muat turun
    • Panduan pengguna pengisian borang
    • soalan lazim (FAQ)

Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020

  • Pemohon BSH yang layak menerima bayaran Fasa Pertama adalah Pemohon berstatus Lulus BSH 2019 (kategori Isi rumah) yang melepasi beberapa proses tapisan daripada Agensi Kerajaan antaranya Status Pemilikan Kenderaan yang realistik bagi golongan berpendapatan rendah (B40).
  • Tarikh dan kaedah pembayaran
    • Tarikh bayaran Fasa Pertama BSH 2020 mulai 20 Januari 2020
    • Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020 adalah secara
      • pengkreditan terus ke akaun; atau
      • Tunai di kaunter BSN (termasuk kategori pedalaman sabah serawak)- Mulai 1 Februari 2020

Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BSH 2020

  • Untuk makluman, tuntutan SKK BSH 2020 bagi kematian pemohon yang berlaku mulai 1 Januari 2020 masih belum boleh dibuat di Bank Simpanan Nasional (BSN). Tarikh mula tuntutan ini akan dimaklumkan semula.

Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BSH 2019

  • Untuk makluman, tarikh akhir tuntutan SKK BSH 2019 bagi pemohon yang meninggal dunia sehingga 31 Disember 2019 adalah pada 31 Januari 2020. Tuntutan boleh dibuat di cawangan BSN yang berhampiran.
RELATED ARTICLES

Most Popular

Recent Comments