MRS HOME FURNITURE ( Kedai Perabut Muslim)

Date:

Share post:

“DENGAN MELAYU SENDIRI PUN NAK BERKIRA. BAYAR ANSURAN PUN TAK BAGI! KEDAI SEBELAH BUKAN MELAYU TU BAGI JE BAYAR BULAN-BULAN AKU TANYA TADI. BARU INGAT NAK TOLONG MELAYU!”

Allahuakbar.. Marah betul abang tu dekat kedai kami sebab kami tak tawarkan bayaran bulan-bulan masa tu.

Assalamualaikum sahabat-sahabat BMF. Cerita diatas tak pernah padam dalam ingatan saya yang menjalankan Perniagaan Perabot selama 3 tahun ini.

Saya Mohd Rasul Hj Shaadan merupakan pemilik syarikat MRS HOME FURNITURE yang bertapak di Puchong, Selangor.

Dulu saya salah seorang yang menjalankan kerja dalam bidang dakwah dan saya bernekad untuk berniaga dalam bidang perabot selepas berlaku beberapa perkara yang membuatkan saya jadi tercabar bila bangsa Melayu dan Agama kita seperti diperlekehkan oleh bangsa lain untuk menjalankan perniagaan perabot.

Kebanyakkan perniagaan perabot dimonopoli oleh bangsa lain termasuk warga asing. Jadi saya berani ambil risiko untuk mengetahui selok belok perniagaan perabot.

Pada permulaan, saya tak tahu untuk ambil perabot dari mana. Hasil carian google, saya jumpa semua pembekal perabot ni datang dari bangsa lain.

Untuk memecah tembok, saya pun cuba ambil dengan mereka. Mereka bagitau yang harga diberi pada saya sangat murah dan sama macam penjual perabot lain.

Nak jadikan cerita selepas beberapa bulan, saya dapat tahu yang harga yang diberikan kepada saya lebih mahal berbanding bangsa mereka sendiri. Jauh sangat bezanya.

Kalau saya turunkan harga ikut harga pesaing, pasti saya berniaga perabot umpama sedekah sahaja berbanding mereka yang boleh beri harga lebih bawah daripada harga modal saya kepada pelanggan.

Silap-silap boleh bungkus bisnes saya. Saya tetap bertahan dan membuat pemasaran sama ada online mahupun offline untuk kawasan sekitar. Adakalanya dapat modal balik sahaja malah ada yang kami rugi.

Bukan hanya saya dan keluarga sahaja perlu teruskan hidup, banyak lagi mulut yang saya perlu bagi makan terutama pekerja-pekerja yang masih setia.

Selepas ditekan harga oleh pembekal ke atas saya, saya cari inisiatif lain untuk mencari perabot dan berusaha membuat perabot sendiri.

Semasa dalam keadaan sedikit perit, dengan kekurangan modal, saya terpaksa pinjam dengan kawan-kawan untuk bina semula ekonomi perniagaan perabot saya.

Saya mencari partner perniagaan dengan orang Pakistan Muslim untuk buat perabot bermula dengan buat sofa dan katil divan. Dia sangat mahir dalam pembuatan.

Walaupun pembuatan biasa-biasa, tapi masih cantik dan bahan yang digunakan sangat berkualiti bersesuaian dengan harga. Kami bersatu demi  agama untuk menaikkan industri perabot.

Dalam masa yang sama juga, Allah ketemukan saya dengan kilang perabot Melayu di Sentul. Saya dapat harga yang jauh lebih murah dari pembekal bangsa lain. Memang berbeza dari sebelum ini.

Kami bekalkan perabot seperti Set Bilik Tidur, tilam, sofa, kabinet, almari, rak dan macam-macam lagi dengan harga sangat berpatutan malah sangat murah boleh diberikan.

Saya tak nak jual mahal-mahal sebab saya tahu ramai yang tak berkemampuan untuk memiliki perabot jenama yang mahal.

Tapi perabot di kedai saya, setanding dengan perabot jenama mahal dengan harga yang jauh lebih murah yang saya boleh berikan.

Kalau nak custom perabot pun, kami akan buatkan. Nak macam mana, nak design macam mana, bagitau sahaja.

Sejak kempen BMF dijalankan, Alhamdulillah tak putus-putus pelanggan datang ke kedai perabot saya. Ramai mereka yang datang tak pernah tahu kewujudan kedai Perabot Melayu di kawasan Puchong.

Untuk bersaing dengan syarikat bangsa lain, saya dapati orang melayu suka berhutang untuk membeli perabot. Bayaran memang murah setiap bulan tapi sebenarnya bayar lebih daripada harga asal.

Jadi di MRS HOME FURNITURE, saya sediakan juga 2 kali bayar tapi untuk pembelian RM3000 ke atas. Jangan risau, sebagai orang Islam, tiada Riba dikenakan bagi menjaga keberkatan dalam perniagaan. Berapa harga beli, jumlah itulah yang pelanggan bayar. Boleh bincang. Tak ada masalah.

Barang juga akan dihantar ke rumah pelanggan selepas pembayaran dibuat.

Selain itu, bagi yang membeli set bilik tidur, saya juga beri 2 bantal percuma. Ni bukan bantal biasa-biasa. Tidur nyenyak dan selesa.

Jika ada masalah kerosakan teknikal pada perabot yang dibeli di kedai saya, kami akan uruskan sendiri selesaikan apa yang terjadi. Ini jaminan dari kedai saya sendiri. Kami bertanggungjawab.

Kalau jaminan dari kilang, pelanggan kena tunggu terlalu lama untuk dapatkan perabot yang dibeli dapat semula. Tapi tidak dengan MRS HOME FURNITURE. Anda pelanggan kami, kami pasti jaga.

Saya harap Kempen BMF ini dapat diteruskan dan terus support perniagaan perabot saya ini. Jika tidak, dengan siapa lagi yang kami harapkan.

Jika Melayu sendiri tak nak beli pun tak apa tapi janganlah hina atau marah apa yang kami jual jika tak dapat memenuhi apa yang anda impikan.

Kami tetap memberi apa yang terbaik untuk anda walaupun kami kekangan kewangan modal dalam perniagaan. Jika ada kelemahan dari pihak kami, kami sedia menerima pendapat untuk penambahbaikan.

LOKASI PERNIAGAAN:
MRS HOME FURNITURE
No.5, Jalan 2/1, Taman Putra Perdana, Puchong Selangor.

Google Maps: MRS HOME FURNITURE

Nak lihat Perabot, boleh ke Facebook Kami: www.facebook.com/MRSHomeFurniture
Jangan lupa LIKE ya support perniagaan kami.

Untuk dapatkan KATALOG PERABOT dan HARGA atau NAK CUSTOM PERABOT boleh terus KLIK link ini dan saya akan send Katalog kepada anda: https://www.wasap.my/60133337151/NakKatalog

P/s: Kami sekarang tengah buat PROMOSI HARGA COMBO dimana anda akan dapat Set Bilik Tidur Lengkap(Katil, Tilam, Almari, Meja Solek, Stooll, Meja Sisi, Free Bantal), Kabinet TV, Set Sofa L Shape dan Set Meja Makan hanya RM1899 sahaja!

[tds_leads input_placeholder="Email address" btn_horiz_align="content-horiz-center" pp_checkbox="yes" pp_msg="SSd2ZSUyMHJlYWQlMjBhbmQlMjBhY2NlcHQlMjB0aGUlMjAlM0NhJTIwaHJlZiUzRCUyMiUyMyUyMiUzRVByaXZhY3klMjBQb2xpY3klM0MlMkZhJTNFLg==" msg_composer="success" display="column" gap="10" input_padd="eyJhbGwiOiIxNXB4IDEwcHgiLCJsYW5kc2NhcGUiOiIxMnB4IDhweCIsInBvcnRyYWl0IjoiMTBweCA2cHgifQ==" input_border="1" btn_text="I want in" btn_tdicon="tdc-font-tdmp tdc-font-tdmp-arrow-right" btn_icon_size="eyJhbGwiOiIxOSIsImxhbmRzY2FwZSI6IjE3IiwicG9ydHJhaXQiOiIxNSJ9" btn_icon_space="eyJhbGwiOiI1IiwicG9ydHJhaXQiOiIzIn0=" btn_radius="0" input_radius="0" f_msg_font_family="521" f_msg_font_size="eyJhbGwiOiIxMyIsInBvcnRyYWl0IjoiMTIifQ==" f_msg_font_weight="400" f_msg_font_line_height="1.4" f_input_font_family="521" f_input_font_size="eyJhbGwiOiIxMyIsImxhbmRzY2FwZSI6IjEzIiwicG9ydHJhaXQiOiIxMiJ9" f_input_font_line_height="1.2" f_btn_font_family="521" f_input_font_weight="500" f_btn_font_size="eyJhbGwiOiIxMyIsImxhbmRzY2FwZSI6IjEyIiwicG9ydHJhaXQiOiIxMSJ9" f_btn_font_line_height="1.2" f_btn_font_weight="600" f_pp_font_family="521" f_pp_font_size="eyJhbGwiOiIxMiIsImxhbmRzY2FwZSI6IjEyIiwicG9ydHJhaXQiOiIxMSJ9" f_pp_font_line_height="1.2" pp_check_color="#000000" pp_check_color_a="#309b65" pp_check_color_a_h="#4cb577" f_btn_font_transform="uppercase" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjQwIiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJsYW5kc2NhcGUiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjMwIiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJsYW5kc2NhcGVfbWF4X3dpZHRoIjoxMTQwLCJsYW5kc2NhcGVfbWluX3dpZHRoIjoxMDE5LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMjUiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" msg_succ_radius="0" btn_bg="#309b65" btn_bg_h="#4cb577" title_space="eyJwb3J0cmFpdCI6IjEyIiwibGFuZHNjYXBlIjoiMTQiLCJhbGwiOiIwIn0=" msg_space="eyJsYW5kc2NhcGUiOiIwIDAgMTJweCJ9" btn_padd="eyJsYW5kc2NhcGUiOiIxMiIsInBvcnRyYWl0IjoiMTBweCJ9" msg_padd="eyJwb3J0cmFpdCI6IjZweCAxMHB4In0=" msg_err_radius="0" f_btn_font_spacing="1"]
spot_img

Related articles

Tamu Hotel & Suite Kuala Lumpur: Warisan yang Berpadu dengan Kemodenan

Di tengah kesibukan dan gemerlapnya Kuala Lumpur, terdapat sebuah oasis urban yang menggabungkan warisan dan kemodenan dengan sempurna...

Tarikh Bayaran Gaji Penjawat Awam 2024

Tarikh Bayaran Gaji 2024: Apa yang Perlu Anda TahuAnda mungkin sudah tahu tarikh bayaran gaji penjawat awam untuk...

Permohonan UPUOnline Bagi Kemasukan Ke IPTA Dan ILKA Sesi Akademik 2024/2025

Anda baru sahaja mendapat keputusan SPM atau STPM dan ingin melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi? Jika ya, anda...

Cari Kerja di MYFutureJobs

Fungsi Program MYFutureJobs 2024 : Perkara yang perlu anda tahuMYFutureJobs adalah satu program bantuan dan sokongan dari Kerajaan...