HomeCeritaPohon Doakan Yer Kata Ebit Lew

Pohon Doakan Yer Kata Ebit Lew

Ustaz Ebit Lew memohon di doakan selepas berjumpa dan berbincang dengan Tan Sri Annuar Musa untuk projek membantu orang miskin.

Kata-kata Ebit Lew di facebook page beliau:-

Pohon doakan yer. Banyak perkara dibincangkan bersama Tan Sri Annuar Musa demi orang miskin dan orang yang memerlukan. Baik dan sangat rendah diri orangnya. Sedih sayu tadi berbual tentang orang susah. Ramai yang dah dibantu tapi ramai lagi yang masih memerlukan. Kami berbincang mengenai masalah kemiskinan dan kesusahan masyarakat kita. Beliau kata,ustaz tak penat ke merata sana sini dengan tenaga dan dana yang banyak. Jawab saya Tan Sri lagi penat. Saya cuma sedikit berbanding usaha kerajaan dan badan yang lain. Senyuman pada wajah orang miskin dan doa mereka sangat besar nilainya.

Perkara yang akan dilakukan bersama menyediakan Tapak berniaga untuk penjaja seperti Food Court dan membantu mereka dari segi dana dan lain-lain. Kami juga akan buat Restoren Free untuk mereka yang memerlukan dan lapar untuk makan di KL dan Putrajaya. Berbincang untuk membuka tempat penginapan baru untuk mereka yang bergelandangan di kuala Lumpur.

Terima kasih Tan Sri. Semoga Allah beri kebaikan dan kekuatan terus membantu masyarakat. Semoga menjadi asbab kebaikan.

Sumber: Ebit Lew

RELATED ARTICLES

Most Popular

Recent Comments