program ijazah dalam negara
|

Tawaran Penajaan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN)


Pelawaan kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Politeknik Premier dan Government-Linked Universities (GLU) untuk memohon tajaan JPA – Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tahun 2023.

Penajaan dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Politeknik Premier dan Government-Linked Universities (GLU) yang ditetapkan.

1. SYARAT UMUM

  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai kesihatan yang baik
  • Ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA
  • Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan)

2. SYARAT KHUSUS

  • Telah memulakan pengajian peringkat ijazah pertama sebelum tarikh iklan ditutup
  • Memenuhi syarat akademik seperti berikut:
    • Pelajar telah memulakan pengajian dan memperoleh PNGK terkini sekurang-kurangnya 3.30
    • Mempunyai baki 12 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini/semasa.

3. BIDANG PENGAJIAN

  • Kejuruteraan Dan Teknikal
  • Seni Bina
  • Sains Sosial
  • Sains
  • Veterinar

Permohonan secara dalam talian, syarat & maklumat lanjut di:- https://esilav2.jpa.gov.my atau https://www.jpa.gov.my

Saluran pertanyaan:


Similar Posts