HomeTips7 Langkah Menangani Online Scam

7 Langkah Menangani Online Scam

Cyber Security Malaysia telah menetapkan beberapa langkah panduan dalam menangani masalah online scam. Semenjak beberapa tahun akhir-akhir ini kegiatan online scam semakin menjadi-jadi.

Si penipu selalunya memperdaya orang ramai untuk memberikan maklumat perbankan peribadi mereka dengan tujuan untuk mencuri kata laluan, nombor akaun serta akses kepada e-mel dan akaun bank.

Penipuan seperti ini biasanya dalam bentuk:

  1. Penipuan melalui telefon (memancing data melalui suara)
  2. Penipuan sms (SMS meminta pengesahan transaksi perbankan melalui nombor telefon atau pautan ke laman web palsu); dan
  3. Penipuan kod pengesahan (nombor TAC)

Jangan sesekali berkongsi maklumat perbankan peribadi anda kepada orang lain!

Jika ragu-ragu, sila hubungi CCID Scam Response Centre melalui 03-2610 1559 atau BNMTELELINK melalui bnm.my/LINK

atau telelink.bnm.gov.my

Bank Negara Malaysia tidak pernah meminta maklumat perbankan peribadi anda seperti nombor akaun,PIN, TAC, atau kata laluan. Jangan panik, jangan dedah dan jangan percaya jika dihubungi oleh pihak yang meminta maklumat berkenaan.

Awas Penipuan Dalam Talian

Ambil Langkah Berikut Bagi Menanganinya:-

  1. Semak kesahihan maklumat yang di terima melalui e-mel dan mesej teks (whatsapp, Telegram)
  2. Jangan kongsi maklumat peribadi/data kewangan melalui e-mel dan mesej teks
  3. Jangan beri maklumbalas terhadap permintaan maklumat sulit/peribadi melalui e-mel dan mesej teks dari pengguna yang tidak di kenali.
  4. Jangan muat turun pautan dari e-mel dan mesej teks dari pengguna yang tidak dikenali
  5. Rujuk hanya kepada sumber yang dipercayai, iaitu laman web atau saluran yang diperakui oleh kerajaan untuk sahkan maklumat terkini.
  6. Pastikan gajet ICT dipasang dan dikemaskini dengan perisian antivirus kepada tetapan pengkalan data antivirus terkini.
  7. Lapor insiden/ancaman siber ke Pusat Bantuan Kecemasan Cyber999 di saluran berikut:- no kecemasan 1-300-88-2999 @ Emel [email protected] @ Borang atas talian di https://www.mycert.org.my

Semak Akaun Bank Atau Nombor Telefon

PDRM juga telah mengeluarkan satu cara mudah untuk menyemak akaun bank atau nombor telefon sebelum membuat apa-apa transaksi seperti pembelian secara online atau semasa ingin membuat apa-apa derma ataupun sumbangan https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/

 

Semak Senarai Syarikat Pelaburan

Bahagian ini mengandungi senarai laman web, produk pelaburan, syarikat dan individu yang tidak dibenarkan. Anda boleh menyemak senarai syarikat yang tidak diberi lesen melalui pautan berikut:-

  1. bnm.my/FCA
  2. www.sc.com.my/investor-alert

Tanda-tanda skim pelaburan palsu:-

  1. Anda diberitahu pulangannya tinggi, risikonya rendah.
  2. Anda didesak untuk melabur sekarang, kalau tidak anda akan terlepas peluang
  3. Syarikat itu tidak terdapat dalam senarai syarikat yang dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia/ Suruhanjaya Sekuriti.

 

RELATED ARTICLES

Most Popular

Recent Comments