HomeCeritaAktiviti Hari Minggu

Aktiviti Hari Minggu

Semalam bersamaan 8 april 2018 hari ahad. Buat aktiviti hari minggu iaitu gotong royong bina pondok keselamatan di Taman Jalan Meranti Merah Taman Desa Permai bersama penduduk anjuran Persatuan Penduduk Jalan Meranti Merah.

Ini mungkin program gotong royong terakhir yang di jalankan oleh jawatankuasa persatuan untuk penggal pertama. Selepas ini perlantikan jawatankuasa baru akan dilaksanakan pada 21/4/2018 bulan ini.

Bukan senang untuk mencari kesepakatan

memandangkan Taman di Jalan Meranti Merah ini masih baru. Banyak karenahnya kerana penduduk di sini datang dari pelbagai latarbelakang. Namun sekarang semakin ramai yang datang sertai persatuan penduduk dan memberi kerjasama yang amat positif dan menggalakkan.

Sedikit demi sedikit belajar tentang menguruskan persatuan.

Yang kurang akan di perbaiki dan yang lebih itu dinikmati bersama. Dengan mengamalkan sifat ramah dengan penduduk dan mengambil sedikit tanggungjawab,kini sistem berpesatuan ini semakin di terima ramai penduduk.

RELATED ARTICLES

Most Popular

Recent Comments