HomeBisnesApa itu virtual office?

Apa itu virtual office?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…Pernah dengar tak tentang Virtual Office. Sudah pasti ada yang pernah dengar dan ada yang belum pernah dengar dan tahu pun tentang Virtual Office ini.

Virtual Office ini ialah Pejabat maya. Untuk apa pejabat maya ini?, Pejabat Maya ini diwujudkan untuk usahawan-usahawan yang berniaga tetapi tiada pejabat rasmi dalam sebarang urusan dan urusniaga. Usahawan yang tiada kakitangan untuk menjaga serta menguruskan sebarang panggilan. Tiada kakitangan di ruang reception untuk sebarang pertanyaan.

Tidak semua tempat sesuai dijadikan Virtual Office. Virtual Office biasanya berada di lokasi-lokasi yang berprestij tinggi dan alamatnya sangat komersil serta eksklusif yang dapat memberi mercu tanda baik kepada perniagaan.

Ada sesetengah tempat menyediakan kedua-duanya sekali Virtual Office dan Physical Office (Pejabat maya dan pejabat fizikal) dengan kadar sewaan yang sangat berpatutan. Khidmat sewaan pejabat maya dan pejabat fizikal di bina dengan fasiliti eksklusif yang lengkap, dan dengan ruang kerja yang eksekutif dan selesa.

Cadangan jika ada yang mencari pejabat maya dan pejabat fizikal yang mempunyai persekitaran atau circle yang baik untuk usahawan start-up boleh layari laman web www.pknsbizpoint.com kemudian search VIO virtual offices @Shah Alam By PKNS.

16003076 1700969383250428 2901540387062351918 n

Dasar dan Objektif Vio By PKNS

Menyasarkan golongan usahawan bumiputera yang baru memulakan perniagaanMembantu usahawan dalam mengurangkan kos permulaan yang tinggi,kos overhead dan gaji kakitangan.

Paling penting, kadar sewaan pejabat di PKNS BizPoint ini sangat menarik. Sangat sesuai untuk usahawan start-up yang baru hendak memulakan perniagaan atau untuk usahawan yang sudah lama berniaga tapi tak tahu cara untuk mengembangkan bisnes. Vio by PKNS lengkap dengan penyambut tetamu, no telefon, no faks, dan bilik mesyuarat.

RELATED ARTICLES

Most Popular

Recent Comments