HomeTipsArtikel Mesra Seo Dengan Font Proxima Nova

Artikel Mesra Seo Dengan Font Proxima Nova

Saya bukan pakar atau sifu mengenai kekuatan Seo sesuatu blog atau website. Tetapi semasa saya explore font-font yang cantik dan sesuai untuk blog saya ini. Saya terjumpa satu font bernama Proxima Nova.

Perasan beberapa blog dan website yang agak tinggi kekuatan Seo nya. Senang dan selesa mata ketika membaca tajuk dan artikel blog tersebut.

Font ini sahaja dapat menarik rasa ingin membaca.

Setelah di selidiki jenis font yang digunakan oleh blog tersebut menggunakan FONT DETECTOR di google chrome,

Berjaya mendapatkan nama Proxima Nova.

Seterusnya saya membuat carian mengenai font ini di google dan beberapa website lain sebagai rujukan untuk mendapatkan lebih info.

Font Proxima Nova Mempunyai Readability & Rendering Yang Luar Biasa

Satu font yang mempunyai kebolehbacaan dan rendering yang sangat baik untuk sesebuah web. Font ini di rekacipta oleh Mark Simonson .

Salah satu blog yang menggunakan font proxima nova ialah blog dari Negara jiran kita indonesia iaitu PANDUANIM

Di bawah ini pula beberapa contoh web yang menggunakan Proxima Nova. Maaf mungkin gambar ini agak kabur, tetapi anda boleh klik link untuk melihat secara lansung.

Cubaan Mendapatkan Font Proxima Nova

Merata-rata sudah di explore untuk mendapatkan font jenis ini tapi tidak berjaya kerana ianya bukan percuma. Ianya adalah font premium yang harus dibayar jika ingin memilikinya. Tiada dalam mana-mana library theme atau builder yang di sediakan secara percuma.

Ada beberapa web yang menyediakan muat turun secara percuma… Tapi keselamatan penggunaannya diragui.

Biasa lah Durian yang sedap mesti lah harganya Mahal.

Lebih baik menggunakan yang mirip atau seakan-akan sama tetapi sah dan selamat. Berbanding yang nulled tapi berisiko tinggi untuk diserang virus.

Ada beberapa senarai font dari google kita boleh dapatkan, saya akan ceritakan selepas Tajuk harga Proxima Nova.

Gaya & Harga Font Proxima Nova

Keseluruhan Font Proxima Nova ada 144 style atau gaya.

  1. Proxima Nova Complete. Usd 5.10 per style dan Usd 734.00 untuk keseluruhan 144 gaya font.
  2. Proxima Nova Set Pula. Usd 5.29 per style dan Usd 254.00 untuk 48 gaya font.
  3. Manakala untuk individual style pula tertera dari Usd29.00

Anda boleh juga lihat secara terus di link ini > Proxima Nova

Font Google Yang Mirip Sebagai Alternatif Lain Sebagai Pengganti

Seperti yang di bincangkan ramai pakar font proxima nova adalah tulisan yang sangat mahal. Hanya sangat sesuai diguna pakai pada web-web gergasi yang sedang atau sudahpun menghasilkan banyak keuntungan.

Bagi web atau blog-blog personal memilih font tersedia yang percuma sudah sangat memadai di tambah dengan sedikit pilihan dan olahan pada style,size, weight dan juga line height.

Sudah cukup memberansangkan…..

Hasil bacaan ketika carian maklumat di jalankan font yang dikatakan hampir sama ialah:

Montserrat, Lato, Nunito sans, Raleway, Gotham dan sebagainya.

Bagi saya pula ialah Font Montserrat sangat sesuai di jadikan Tajuk dengan saiz yang besar serta colour hitam #000000. Manakala untuk artikel pula saya menggunakan font Public Sans sangat hampir sama dengan tetapan saiz 18px untuk desktop dan 16 untuk mobile, 300 weight dan colour #222222. Mungkin sedikit beza pada huruf L kecil sahaja.

RELATED ARTICLES

Most Popular

Recent Comments