HomeKerjayaIklan Jawatan Kosong Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)

Iklan Jawatan Kosong Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)

MAKLUMAN IKLAN JAWATAN KOSONG

*** Borang permohonan boleh didapati di Aras 2, Bahagian Agama, MAIK atau di Portal rasmi MAIK untuk muat turun. Boorang yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat sebagaimana berikut:-

ALAMAT PERMOHONAN:

Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
15200 KOTA BHARU.

(u.p: Bahagian Agama )

TARIKH TUTUP SEBELUM : 31 OKTOBER 2020


SYARAT-SYARAT JAWATAN PEGAWAI MASJID MUKIM

  1. Imam Tua/ Imam Muda

i. Syarat kelayakan;

  • Seorang lelaki beragama Islam yang sempurna akal.
  • Berumur 25 tahun ke atas dan tidak melebihi 60 tahun tarikh iklan
  • Mempunyai pengetahuan agama yang baik.
  • Keutamaan diberi kepada pemohon yang bermastautin atau bermukim dalam kawasan mukim masjid berkenaan;
  • Warganegara Malaysia.
  • Mempunyai latar belakang sosial yang baik serta dihormati oleh penduduk tempatan;
  • Tiada rekod jenayah yang telah dijatuhkan hukuman oleh mana-mana mahkamah termasuk Mahkamah Syariah
  • Mempunyai kesihatan tubuh badan yang baik.
  • Keutamaan diberi kepada pemohon yang mempunyai Sijil Tahfiz Al-Quran daripada Pusat Tahfiz Al-Quran.
  • Pengecualian daripada ujian Tahriri (bertulis) akan dikecualikan kepada pemohon-pemohon yang mempunyai kelayakan berikut;
  • Sijil IV Thanawi atau Sijil Menengah Ugama atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau mana-mana sijil agama yang setaraf dengannya.
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan kepujian dalam subjek Pendidikan Syariah Islam, Pendidikan Quran Dan Sunnah dan lulus Bahasa Arab.
    ii Taraf Jawatan: Berelaun (disambung perkhidmatan setiap 2 tahun berdasarkan laporan prestasi perkhidmatan)
    iii Elaun Bulanan :
  • RM1,700.00 (Imam Tua – Masjid Mukim Katogeri “A”)
  • RM1,400.00 (Imam Tua – Masjid Mukim Biasa)
  • RM1,000.00 (Imam Tua – Masjid Mukim Kecil)
  • RM1,200.00 (Imam Muda – Masjid Mukim Katogeri “A”)
  • RM1,000.00 (Imam Muda – Masjid Mukim Biasa)
  • RM800.00 (Imam Muda – Masjid Mukim Kecil)
  1. Bilal

i. Syarat kelayakan;

  • Seorang lelaki beragama Islam yang sempurna akal.
  • Mempunyai pengetahuan agama yang baik.
  • Keutamaan diberi kepada pemohon yang bermastautin atau bermukim dalam kawasan mukim masjid berkenaan;
  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai latar belakang sosial yang baik serta dihormati oleh penduduk tempatan;
  • Tiada rekod jenayah yang telah dijatuhkan hukuman oleh mana-mana mahkamah termasuk Mahkamah Syariah
  • Mempunyai kesihatan tubuh badan yang baik.
  • Pemohon jawatan Bilal tidak disyaratkan mempunyai sijil dan akan memasuki ujian safawi (lisan)
    ii Taraf Jawatan : Berelaun
    iii Elaun Bulanan :
    RM750.00(Masjid Mukim Kategori ”A”)
    RM650.00(Masjid Mukim Biasa)
RELATED ARTICLES

Most Popular

Recent Comments