Jom jadi Duta kepada produk-produk yang ada di Shopee, Lazada, TIME internet dan banyak lagi. Jika anda belum ada produk atau tiada modal lansung untuk jalankan perniagaan online. Anda masih boleh lagi buat duit online dengan jadi duta kepada produk orang lain, percuma sahaja.
Jadi Duta shopee sebagai contoh. Atau anda jadi publisher dalam satu program affiliate involve asia. Anda daftar diri anda di Involve Asia “Register as a Publisher”. Bila anda sudah ada akaun di Involve Asia. Anda lengkapkan profil di akaun IA anda, email, no telefon dan juga no akaun bank anda.
Cara Daftar Jadi Publisher
Nanti anda akan belajar sedikit macam mana nak dapatkan link-link dari shopee atau lazada atau sebagainya. Contoh anda nak promote link produk-produk di shopee. Copy link produk shopee dan paste di akaun Involve Asia anda untuk generate link affiliate anda. dari link shopee dia akan bertukar ke link macam ni:- https://invol.co/cl8zilw.
Kemudian anda akan promote atau share link anda dengan sedikit ayat copywriting dan juga gambar produk di facebook, Fb page, Youtube, Twitter, Blog dan sebagainya. Link yang anda share tu jika ada orang lain atau friend atau follower anda yang membeli di link anda, anda akan dapat komisen.
Nanti akan nampak komisen anda tertera di akaun dashboard anda seperti gambar di bawah. Sila lihat sebelah kanan…. Current Earnings, clicks, conversions dan sale amount. Gambar ini sebagai contoh sahaja. Part Current Earning tu la yang anda akan cashout ke akaun bank anda nanti.
Apa-apa masalah atau pertayaan nanti anda boleh tanya pada Pengurus Akaun Anda(Account Manager). Masing-masing akan ada account manager masing-masing. Jadi boleh tanya apa saja soalan anda.
Cara Promosi Link Affiliate Anda
Ada beberapa cara dan strategi yang anda boleh buat untuk promosikan link anda di social media atau mana-mana tempat milik anda. Satu, dengan cara branding mempamerkan diri anda. Dua, anda juga boleh buat tanpa tunjuk siapa anda (anonymous). Boleh pilih salah satu atau kedua2 serentak. Terpulang kepada anda.
- Post di Personal Facebook Anda.
- Post di Facebook Page Anda
- Post di youtube letak link affiliate di discription.
- Post di twitter
- post di blog anda.