HomeMotivasiHukum Sambutan Hari Kelahiran

Hukum Sambutan Hari Kelahiran

Assalamualaikum…Salam Sejahtera. Hari ni tertarik dengan notification Facebook tentang Hari kelahiran setiap user facebook. Maka saya mula membuat semakan tentang hukum menyambut hari lahir.

Sambutan hari kelahiran atau birthday party sangat sering kita dengar, tambahan pula dengan wujudnya social media. Pemberitahuan dan maklumat tentang hari lahir seseorang lebih cepat tersebar luas.

Hukum Sambutan

Hukum sambutan ini hanya dibincangkan di zaman moden oleh beberapa Ulama kontemporari. Dan perkara ini tidak pernah dibincangkan pada zaman silam. Ulama terdahulu tidak pernah membincangkan perkara ini kerana tiada di zaman mereka atau belum berlaku pada zaman itu.

Baik, kita lihat sekarang pendapat oleh beberapa orang ulama terkini mengenai perkara ini:

Pendapat Syeikh Said Ramadan Al-Bouti. Syeikh mengatakan hukum menyambut hari kelahiran adalah tidak haram tetapi sebaiknya adalah tidak dilakukan.

Pendapat Syeikh Abdullah Bin Bayyah. Syeikh Abdullah pula mengatakan hukumnya Harus dengan alasan yang syeikh katakan, Asalkan tidak berlaku perkara yang bertentangan dengan budaya dan ajaran Islam seperti pergaulan bebas, tiupan lilin, pembaziran dan sebagainya.

Manakala pendapat yang agak keras pula ialah Pendapat Syeikh Abdul Aziz Bin Baz, Syeikh Muhammad Al Soleh Al Utsaimin dan Syeikh Al Munajjid. Mengatakan hukumya adalah haram. Dengan alasan perkara ini adalah “bidaah” kerana ia tidak pernah dilakukan oleh Nabi serta ia merupakan tambahan dalam agama.

Majlis Sambutan Hari Lahir

Majlis sambutan hari kelahiran atau birthday party pula jika dilakukan tanpa mengambil kira adab dan budaya agama Islam akan lebih membawa kepada perkara negatif. Seperti maksiat dan persamaan dengan ritual agama lain.

Majlis sebenarnya lebih elok dijalankan dengan seperti konsep Majlis doa selamat. Majlis yang diadakan bersama anak-anak yatim dan fakir miskin. Menerapkan tentang kebaikan bersedekah dan simpati di dalam keluarga atau anak-anak terhadap orang lain.

Adakan program tambahan lain di dalam majlis hari kelahiran seperti sesi tazkirah dan juga perkongsian ilmiah. Supaya Program Majlis ini memberi input positif kepada kita dan juga tetamu yang hadir. Kita mendapat pahala dan tetamu mendapat manfaat.

Majlis di tukar daripada melakukan amalan sia-sia kepada amalan yang diberkati dan diredhai Allah.

Daripada amalan sia-sia bertukar kepada amalan zikir. Dalam kegembiraan yang diirigi Zikir.

Malaikat akan menaungi dengan sayap-sayapnya untuk meraka-meraka yang berkelompok duduk di majlis sambil mengingati Allah. Naugan sayap para malaikat beserta dengan rahmat Allah. Diberi ketenangan dan Allah menyebut nama mereka di dalam majlis para malaikat. Amin.

Inilah cara terbaik untuk majlis seperti ini “majlis sambutan hari lahir”. Boleh dikatakan seluruh umat sekarang setiap keluarga akan mengadakan majlis hari lahir. Tidak seperti zaman dahulu ada yang tidak suka lakukan majlis sebegini.

Hukum Hadiah Hari Kelahiran

Hadiah hari jadi biasa adalah harus. Harus dan digalakkan lagi jika hadiah itu tidak terikat dengan masa dan waktu.

Ada hadiah yang boleh mengecutkan nilai kebaikan. Ada hadiah pula boleh mengembangkan nilai kebaikan seseorang itu, terutamanya anak-anak. Jika tidak tepat memilih bentuk dan masa hadiah ini boleh merosakkan anak-anak kita.

Bila anak-anak sudah rasa wajib terima hadiah ketika setiap hari kelahiran. pemberian hadiah yang diterapkan ini adalah kurang tepat kerana terikat dengan masa dan waktu suatu sambutan.

Cara memberi hadiah yang sebaiknya terbaik adalah sepertimana yang telah di amalkan oleh golongan Salafus Soleh terdahulu yang telah terbukti kewibaannya dalam mendidik anak-anak.

Bagaimana Caranya?

Salah satu caranya adalah hadiah diberikan ketika meraikan prestasi suatu perbuatan perkara baik yang telah anak-anak lakukan. Contoh setiap kali selepas mereka tamat atau khatam alquran.

Setiap kali mereka selesai buat kerja rumah…..berilah mereka hadiah.

Setiap kali mereka selesaikan kerja sekolah yang banyak…berilah mereka hadiah.

Setiap kali selepas mereka berjaya menghafal ilmu fardhu ‘ain… beri mereka hadiah.

Baik, itulah saja Kesimpulan cara memberi hadiah pada anak-anak. Semoga tulisan artikel ini menjadi amalan kepada saya dan manfaat buat anda semua. Ampun maaf jika ada sebarang kesilapan dari saya.

(Bukan Ustaz atau Pakar Motivasi. Saya hanya manusia biasa yang fakir dibumi ini. Hanya sekadar suka berkongsi kebaikan untuk dinikmati bersama hasil dari pembacaan.)

Marilah kita gandakan pahala dengan sedekah, membantu orang lain dengan apa sahaja yang kita mampu. Baiklah, bagi sesiapa yang ingin merebut peluang untuk berwakaf bagi diri,keluarga, ibu dan ayah yang kita sayangi. Wakaf adalah harta yang sentiasa mengalir pahalanya dari sekarang sehingga ke hari kiamat.

Saham Wakaf Ini Adalah Untuk Pembinaan Surau Taman Desa Permai3, Meru,Klang, Selangor.

Borang Wakaf B1: https://bit.ly/TDP3WakafB1

Sumbangan melalui fpx disini : https://surautdp3.com/sumbangan

atau transfer online manual/auto debit ke Bank Islam Malaysia Berhad akaun no : 12319010010160 Nama akaun adalah: Tabung Pembangunan Surau Taman Desa Permai 3 Meru Klang.

(Anda boleh menyumbang dengan Bankin wakaf dan juga setidak-tidaknya share atau berkongsi dengan family,rakan sekerja atau kawan-kawan anda mengenai Tabung Pembangunan Surau Taman Desa Permai3 ini.)

Jazakallaahu khairan Katsira.

RELATED ARTICLES

Most Popular

Recent Comments