HomeMotivasiKubur lebih lama dari dunia

Kubur lebih lama dari dunia

Tahukah anda?

Kita berada didalam kubur lebih lama daripada hidup diatas dunia ini?

Imam syafie hidup 53 tahun diatas dunia, sekarang dia sudah wafat lebih kurang 1200 tahun..

Imam Nawawi hidup 43 tahun diatas dunia, sekarang dia sudah wafat lebih kurang 800 tahun..

P.ramli hidup 44 tahun diatas dunia, sekarang dia sudah wafat lebih kurang 45 tahun…

Maka adakah berseronok dengan kelazatan dunia itu lebih utama daripada membina kebahagiaan didalam lubang kubur nanti?

Allah ciptakan manusia dan jin itu adalah untuk beribadat kepadanya.

Bukan untuk berjalan-jalan, bukan untuk berhibur, bukan untuk bersuka ria diatas dunia ini.

Hanya satu jalan untuk seseorang itu gembira bila masuk kedalam lubang kubur nanti..

Yakni menuntut ilmu dan beramal denganya.

Carilah bekalan selagi mana kita hidup diatas dunia ini… kelak mati nanti terputuslah sudah peluang untuk mendapatkan bekalan mati.

Kita hanya hidup sekali sahaja diatas dunia ini… jangan mudah tertipu dengan kemanisanya yang tidak kekal.

Hadirilah majlis-majlis ilmu, belajarlah fardhu ain sebelum kita mati.

Hanya mereka yang berlandaskan Aqidah yang benar akan terselamat…

Muhasabah diri ku …

……………..

Ps : Aqidah sebenar Umat islam adalah beriman kepada Allah meyakini dengan jazam bahawasanya Allah itu Wujud, WujudNya Dia Tanpa Tempat dan Tanpa Arah, Allah bukanlah jisim, Dia tidak serupa dengan segala sesuatupun!!

Berkata Ahmad Ibn Hanbal “Apa sahaja yang tergambar di fikiran mu, Allah tidak seperti itu”

Intaha..

kredit: Raja Al Asyari Al Mirawi

RELATED ARTICLES

Most Popular

Recent Comments