HomeMotivasiKepentingan hibah dalam Islam - Petikan khutbah Jumaat Negeri Perak Hari ini...

Kepentingan hibah dalam Islam – Petikan khutbah Jumaat Negeri Perak Hari ini 9 Mac 2018

 

Sidang jumaat yang di rahmati Allah,

Saya menyeru kepada diri saya sendiri dan kepada sidang jumaat sekalian, marilah sama-sama kita perbaiki dengan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T yakni dengan melakukan segala tintah perintahNya dan menjauhi segala larangaNya. Sebelum meneruskan khutbah, saya ingin berpesan pada sidang jumaat sekalian agar menumpukan perhatian dan jangan bercakap-cakap atau melakukan perbuatan sia-sia sewaktu khutbah di sampaikan. Mudah-mudahan kita akan beroleh manfaat untuk kebaikan di dunia dan di akhirat. Mimbar hari ini akan membicarakan tentang

” Kepentingan Hibah Dalam Islam”

.

Sidang jumaat yang di rahmati Allah,

Hibah adalah salah satu cara pemilikan harta yang sah di sisi syar’i. Ia berkaitan rapat dengan beberapa konsep pemilikan harta yang lain seperti wasiat,wakaf dan faraidh. Namun hukum dan ciri-ciri konsep tersebut berbeza antara satu sama lain. Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian samada dalam bentuk ain(barang) atau manfaat, manakala mengikut istilah syar’i, hibah merupakan satu ‘aqad pemberian harta yang dilakukan oleh seseorang secara suka rela kepada seseorang yang lain semasa hidupnya tanpa sebarang balasan(‘iwadh). Dalam istilah moden ia disebut pemberian kasih sayang. Hibah merupakan satu amalan sunah dan digalakkan dalam Islam. Ini adalah berdasarkan dalil-dalil Al Quran dan AsSunnah. Ia dapat dilihat  dalam firman Allah S.W.T. dalam surah Al Baqarah ayat 177:

Maksudnya: Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat,dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang  akan hartanya sedang ia menyayanginya, kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan,dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang mnyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitubungan silaturahim. Jaminan bahawa pemberian harta secara hibah boleh memupuk kasih sayang antara pemberi dan penerima telah dijelaskan oleh Rasullah S.A.W sebagaimana yang terdapat dalam hadis yang dijelaskan tadi. Justeru,pemilik harta boleh memberikan hartanya secara hibah kepada sesiapa sahaja terutama mereka yang dekat hubungan dengan pemberi hibah seperti anak, isteri atau suami,ibubapa,anak angkat dan lain-lain bagi menzahirkan lagi kasih sayang antara mereka. Apa yang penting, penzahiran kasih sayang ini dapat di pupuk semasa pemberi hibah dan penerima hibah masih hidup lagi.an, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang sabil. Orang- orang yang demikian sifatnya,mereka itulah 0rang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.

Dan dari Saiyidina Abu Hurairah Radhiyallahu anh bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Tahaddu Tahabbu”  maksudnya: Saling memberi hadiahlah kamu sekalian, agar kalian saling mencintai.
(Riwayat Al Baihaqi).

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah,Hibah mempunyai perbezaan dengan pemberian wasiat mahupun hak faraidh. Wasiat dan faraidh adalah pemberian atau hak yang berkaitan dengan kematian,manakala hibah adalah pemberian semasa hidup. Antara kelebihan Hibah adalah:

  1. Penerima hibah boleh terdiri daripada sesiapa sahaja. Hibah berbeza dengan faraidh dan wasiat. Pembahagian harta secara faraidh hanya untuk waris-waris si mati sahaja. Wasiat pula hanya boleh dibuat kepada yang bukan ahli waris. Namun,hibah boleh diberikan kepada waris atau bukan waris. Selain itu hibah juga boleh diberikan kepada bukan muslim bagi tujuan dakwah atau mengeratkan hubungan silaturrahim namun bukan untuk tujuan maksiat. Contohnya anak yang menghadiahkan harta kepada ibunya yang masih kafir. sbagai tanda kasih sayang anakn kepada ibunya.
  2. Kadar penentuan harta yang dihibahkan tidak ditetapkan . Hal ini tidak sama dengan wasiat, dimana harta yang diwasiatkan tidak boleh melebihi 1/3 harta pusaka. Manakala pembahagian harta mengikut faraidh pula adalah berdasarkan ketentuan dan ketetapan yang telah ditetapkan oleh hukum syar’i. Justeru,kita dapati bahawa hibah memberi kebebasan kepada pemilik harta untuk menentukan kadar atau bahagian harta  yang hendak dihibahkan dengan memberi pertimbangan kepada keperluan hidup penerima hibah.
  3. Harta boleh diurus sebelum kematian. Di antara jalan untuk membolehkan kita dapat beramal menurut syariat, maka sewajarnya kita memutuskan untuk menghibahkan mana-mana harta yang di miliki kepada ahli waris atau yang bukan ahli waris. kerana itu, antara keutamaan bagi pemilik harta itu sendiri menghibahkan mana-mana hartanya supaya pemberi hibah dapat beramal dengan syariat hibah dan dapat melakukan amal salih keatas hartanya sewaktu masih hidup.
  4. Mengelak harta beku selepas kematian. Amalan hibah dapat mengelakkan harta dari menjadi  beku dan tidak dapat di manfaatkan. Ini sering terjadi bagi yang tidak ada pewaris atau waris enggan membahagikan harta kerana tidak mahu dilihat seolah-olah tamak harta. Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan di majlis pelancaran gerakan kesedaran hibah peringkat Negeri Perak pada tanggal 1 mac 2018 yang lalu di dewan bankuet,bangunan Perak Darul Ridzuan,” Di anggarkan 60 bilion nilai harta pusaka di Malaysia berbentuk tanah dan rumah, sementara 6.6 bilion ringgit yang berada dalam akaun bank dan  insurans terbeku,belum di wariskan dan belum dituntut setelah berlakunya kematian pemilik aset. Hakikatnya aset tersebut tetap mempunyai pewaris,namun mempunyain halangan-halangan untuk memindah milik antaranya kerana tidak di lakukan segera oleh ahli waris. Fenomena ini merugikan ekonomi umat islam secara amnya.
  5. Mengelakkan waris bertelagah selepas kematian. Pertelingkahan ahli waris sering terjadi,terutama berkaitan aset tetap.seperti rumah sewa atau rumah kedai. disebabkan harta berada di tempat berbeza maka nilainya juga berbeza. Bagi mengelakkan kemungkinan pertelingkahan maka hibah juga adalah jalan penyelesaian awal yang baik.

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah,

Hibah juga mempunyai hukum tersendiri jika pemberian hibah melibatkan ibubapa,datuknenek kepada anak cucu. Pemberian harta secara hibah umumya tidak boleh di tarik balik atau dibatalkan setelah ia memenuhi kesemua rukun dan syarat hibah sebagaimana hadith yang diriwayatkan dari Sayyidina Abu Hurairah RAnh bahawa Rasulullah S.A.W bersabda>
Maksudnya:” Orang yang menarik kembali hibahnya adalah sama seperti seekor anjing yang muntah kemudian ia menjilat kembali muntahannya” ( hadith riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah).
Namun demikian, pemberi harta secara hibah oleh ibubapa kepada anak-anak atau datuk dan nenek kepada cucu-cucu boleh ditarik balik sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W maksudnya:” Tidak halal seseorang lelaki yang memberi sesuatu pemberian atau hibah maka ditarik kembali pemberian atau hibah tersebut,kecuali pemberian atau hibah seorang bapa kepada anaknya”.

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Setelah kita mendengar pensyariatan dan kelebihan hibah dalam islam,mimbar pada kali ini menyeru seluruh umat islam mengambil manfaat dari kebaikan hibah demi untuk kebaikan diri kita,keluarga dan umat Islam amnya. Berhibahlah kerana harta yang dihibahkan akan menjadi penolong kita di akhirat di samping penyelesaian kepada persoalan harta beku yang di sebut tadi. Perlu juga di ingatkan,sebaik-baik cara hibah adalah dengan dokumentasi yang sah dan mengikut undang-undang Negara….
SEKIAN SAHAJA POTONGAN PETIKAN KHUTBAH JUMAAT NEGERI PERAK HARI INI 9 MAC 2018
INI LINK PENUH KHUTBAH.PDF VERSI JAWI
RELATED ARTICLES

Most Popular

Recent Comments