SAHABAT YANG BERLARI PALING PANTAS
Salamah Bin Al-Akwa’ radiAllahuanhu
Salamah Bin Al-Akwa’ radiAllahuanhu adalah Sahabat Nabi Paling pantas, kepantasannya berlari melebihi kepantasan Kuda…
Kepakarannya :
– Perajurit infantri (pejalan kaki) yang hebat
– Pakar melontar lembing dan memanah
– Pakar dalam peperangan Gerila*
Rasulullah Memujinya ” Sebaik-baik pejalan kaki kami adalah Salamah”
Beliau antara Pejuang yg menghadiri perperangan Mu’tah dan Tujuh perperangan lain bersama Rasulullah dan beliau merupakan Ahli Baiah Ridwan.
Diriwayatkan Sohih Muslim bahawa pernah satu ketika dimana unta Rasulullah s.a.w. dicuri oleh Bani Ghathofan mereka menunggang kuda, lalu Salamah Al-Akwa’ mengejar mereka dengan hanya mengunakan kakinya (berlari) dan berjaya mendapatkan semula unta tersebut dan memulangkan pada Baginda s.a.w..
Dikisahkan juga beliau memeluk islam setelah mendegar serigala berkata-kata, berlaku ketika mana suatu hari beliau melihat seekor serigala menangkap rusa kemudian Salamah merampas rusa tersebut, lalu serigala tersebut berkata : waihak, kamu telah mengambil rezeki yang diberikan Allah untukku, ini bukan dari hartamu untuk kamu merampasnya dari aku !, Kemudian Salamah mengatakan wahai hamba Allah sesungguhnya ini perkara yang ajaib. serikala boleh berkata-kata. Kemudian serigala berkata lagi : perkara yang lebih ajaib dari ini adalah sesungguhnya Nabi s.a.w. mengajak kamu beribadah kepada Allah dan meninggalkan berhala-berhala. setelah itu Salamah lantas bertemu Rasulullah s.a.w dan beriman.
*Gerila: Peperangan dengan menggunakan pasukan kecil yang menyerang hendap musuh yang ramai, apabila diserang balas oleh musuh mereka akan berundur seketika kemudian menyerang hendap semula ketika musuh sedang berehat.
Sumber : Syed Syukran