HomeKerjayaSkim Latihan 1Malaysia Kerjaya Jururawat

Skim Latihan 1Malaysia Kerjaya Jururawat

Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk memantapkan graduan keluaran diploma kejururawatan dengan kemahiran dan pengalaman yang boleh meningkatkan kelangsungan mereka untuk mendapat pekerjaan yang baik.

Program ini bakal mendedahkan graduan lepasan kursus kejururawatan peringkat diploma Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bagi menaiktaraf kemahiran klinikal sekaligus meningkatkan pembangunan sahsiah dan keyakinan kendiri.

Program SL1M Jururawat sudah pun dimulakan pada tahun 2013. Ia mengambil masa sekurang-kurangnya 6 bulan dan paling lama 1 tahun. Setiap peserta akan menerima beberapa bantuan seperti elaun bulanan sekurang-kurangnya RM900 sepanjang tempoh latihan diadakan.

Graduan yang hendak menyertai SL1M Jururawat mestilah terdiri dari warganegara Malaysia, memiliki kelulusan dalam Diploma Kejururawatan Institusi Pengajian Tinggi dari Malaysia, berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia, graduan yang menganggur 6 bulan selepas tamat pengajian atau 6 bulan selepas menerima transkrip peperiksaan dan graduan yang telah bekerja tetapi tidak menerima gaji atau tidak setaraf dengan kelulusan yang dimiliki.

Mereka yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan dengan memohon di laman sesawang www.moh.gov.my serta mengisi borang pendaftaran yang disediakan. Sertakan salinan sijil yang diminta bersama dokumen yang berikut :
• Borang pendaftaran peserta
• Resume (biodata)
• Salinan Mykad
• Diploma kejururawatan atau ijazah sarjana muda
• Transkrip peperiksaan
• Perakuan Pendaftaran Lembaga Jururawat Malaysia
• Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
• Sijil ko-kurikulum
• Rekod Kesihatan (untuk pesakit kronik)

Setelah borang selesai diisi, hantarkan borang tersebut bersama salinan
sijil yang berkaitan kepada Sekretariat SL1M Jurawat kepada :

Bahagian Pengurusan Latihan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Menara Prisma, Aras 6,
Persiaran Perdana, Presint 3,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62675 Putrajaya
Tel : 03-8885 0600
Faks : 03-8885 0747

Kriteria pemilihan calon SL1M Jururawat

Sekretariat SL1M Jururawat akan menyenaraikan nama-nama peserta SL1M Jururawat kepada pihak hospital. Mereka akan membuat pemilihan bagi calon-calon yang dikehendaki. Penempatan calon SL1M Jururawat juga dibuat berpandukan kepada keperluan hospital yang menyertai program ini.

Peserta program SL1M Jururawat berpeluang diserap sebagai kakitangan tetap dalam hospital bergantung kepada prestasi peserta dan kekosongan jawatan yang ada. Walau bagaimana pun, peserta boleh ditamatkan latihan sekiranya selepas 6 bulan program dijalankan mereka tidak berjaya menampilkan prestasi yang memberangsangkan. Sekiranya peserta program SL1M Jururawat yang ditawarkan peluang pekerjaan di tempat lain boleh menamatkan latihan dengan menghantar surat perletakan jawatan bersama surat tawaran kerja yang diterima.

Modul dalam SL1M Jururawat

Peserta SL1M Jururawat akan diberikan pendedahan kemahiran insaniah (soft skill) dalam latihan dalaman serta kursus-kursus dalam latihan semasa penempatan. Terdapat 8 modul yang bakal diajarkan dalam SL1M Jururawat iaitu :
• Pain Score
• Neonatal Resuscitation
• National Nursing Audits
• Nursing Documentation
• Acute Nursing Procedure
• Infection Control Practices
• Management of Emergency Trolley
• Nursing Management of Non Communicable Disease

8 komponen ini akan ditekankan bagi menambahbaik tahap kecekapan dan daya saing di antara peserta SL1M Jururawat supaya lebih kompeten dan yakin. Selain dari 8 modul ini, syarikat yang mengambil bahagian turut menyediakan modul tambahan seperti :
• Communication Skills
• Corporate Culture
• Basic Life Support
• Mentoring Program

Menerusi modul yang disediakan, peserta akan menerima manfaat seperti pendedahan dan pengalaman kerja jururawat yang sebenar sekaligus menambahkan keyakinan diri dan potensi untuk bekerja dalam bidang tersebut. Modul latihan dan kursus tersebut akan diurus dan dijalankan oleh pihak hospital atau pun pihak konsultan.

Pihak syarikat yang memiliki Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta yang Berlesen atau Berdaftar) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang merangkumi :
• Hospital Swasta
• Hospital Psikiatri Swasta
• Pusat Jagaan Ambulatori Swasta
• Rumah Jagaan Kejururawatan Swasta
• Rumah Jagaan Kejururawatan Psikiatri Swasta
• Rumah Bersalin Swasta
• Bank Darah Swasta
• Pusat Hemodialisis Swasta
• Hospis Swasta
• Pusat Kesihatan Mental Masyarakat Swasta

Jumlah pengambilan bagi peserta SL1M Jururawat bergantung kepada keupayaan dan kemampuan setiap syarikat yang mengambil bahagian. Setiap syarikat yang menyertai program ini akan menerima insentif Potongan Cukai Berganda atau Double Tax Deduction. Langkah ini dapat mengurangkan kebergantungan syarikat dengan pengambilan jururawat dari luar negara.

Berkaitan dengan kelulusan Potongan Cukai Berganda, ia akan diberikan pada pihak syarikat bermula pada 1 Januari 2013 sehingga 31 Disember 2017. Ia akan mengambil masa selama 5 tahun dari tarikh berkuatkuasa untuk pelaksanaan insentif kepada pihak syarikat selepas mendapat kelulusan dari pihak KKM.

Terus ke laman [KERJAYA JURURAWAT] untuk memastikan anda terus bergelar jururawat.

.

RELATED ARTICLES

Most Popular

Recent Comments