Perkembangan Kerjaya Jururawat Di Malaysia

Date:

Share post:

Kerjaya Jururawat di Malaysia sudah bermula di sekitar tahun 1800 di Pulau Pinang dan Singapura. Ia dipelopori oleh anggota dari syarikat East India Co. dan kemudian digantikan oleh rahib Katolik. Pada tahun 1938, latihan sambil bekerja jururawat yang pertama diadakan di Johor Bahru. Ianya terhenti apabila perang dunia kedua melanda pada tahun 1942 hingga 1945. Pada tahun 1946, Sekolah Kejururawatan yang pertama ditubuhkan di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Jururawat adalah satu kerjaya yang unik kerana ia mempunyai kombinasi “seni” dan “sains”. Membantu pesakit sambil mengambil inisiatif pendidikan penjagaan diri sendiri sepanjang masa dan menghulurkan bantuan kepada orang lain apabila mereka sendiri tidak mampu untuk menjaga dan merawat diri sendiri. Kerjaya ini turut memperkenalkan kesihatan, menolong orang ramai menjadi lebih sihat dan menolong mereka yang sakit meneruskan kehidupan sehingga menjelang usia tua mereka.

Bidang kerjururawatan dikatakan unik kerana ia mempunyai keperluan dan permintaan yang tinggi selari dengan teknologi semasa dunia perubatan. Perubahan, penambahbaikan dan peningkatan dalam kerjaya ini sentiasa dititikberatkan untuk menyahut cabaran negara maju menjelang tahun 2020.

Perkembangan bidang ini dapat diperhatikan menerusi penambahbaikan skim perkhidmatan Jururawat yang ditingkatkan dari Kumpulan Pelaksana kepada Skim Perkhidmatan Bersepadu. Gred jawatan jururawat yang dahulunya setakat Gred U40 sahaja kini telah diperluaskan kepada Gred U41 hingga ke Gred U54.

Keperluan kerjaya jururawat menurut WHO

World Health Organization (WHO) menetapkan bilangan jururawat kepada penduduk dengan nisbah 1:200. Untuk mencapai jumlah tersebut, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat perancangan bagi melatih individu yang berminat untuk menjadi jururawat. Direkodkan bahawa Institut Latihan KKM telah melahirkan 3,000 jururawat yang kompeten dan berwibawa setiap tahun.

Jururawat yang tamat tempoh latihan akan ditempatkan di fasiliti-fasiliti kesihatan KKM. Bilangan jururawat dijangkakan akan terus meningkat dengan adanya pengambilan yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di bawah kategori Separa Perubatan.

Karektor yang perlu ada untuk menjadi jururawat profesional

Seorang jururawat yang profesional perlu memiliki sikap positif, cergas, penyayang, jujur, penyabar, sopan, prihatin, mampu berkomunikasi dengan berkesan. Selain itu, seorang jururawat yang profesional perlu mengambil inisiatif untuk menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan dengan bidang kejururawatan itu sendiri. Ini penting bagi memastikan seseorang jururawat tersebut mengikuti perkembangan terbaru berkaitan dengan perkembangan teknologi kesihatan dan perubatan semasa.

Jururawat yang profesional perlu mematuhi semua etika kerja yang telah digariskan. Untuk berkhidmat dengan cemerlang, seseorang jururawat perlu menerapkan ciri-ciri seperti kreatif, inovatif, berfikiran kritis, komited dalam menjalankan tugas, dedikasi, bersikap pemimpin dan mempunyai kemahiran khusus serta mampu mencapai tahap pakar. Namun begitu, perkara yang paling utama ialah disiplin, boleh bekerjasama sebagai satu pasukan dan patuh pada peraturan yang telah ditetapkan.

Sekiranya anda benar-benar berminat untuk menjadi jururawat, terus ke laman [KERJAYA JURURAWAT]

.

[tds_leads input_placeholder="Email address" btn_horiz_align="content-horiz-center" pp_checkbox="yes" pp_msg="SSd2ZSUyMHJlYWQlMjBhbmQlMjBhY2NlcHQlMjB0aGUlMjAlM0NhJTIwaHJlZiUzRCUyMiUyMyUyMiUzRVByaXZhY3klMjBQb2xpY3klM0MlMkZhJTNFLg==" msg_composer="success" display="column" gap="10" input_padd="eyJhbGwiOiIxNXB4IDEwcHgiLCJsYW5kc2NhcGUiOiIxMnB4IDhweCIsInBvcnRyYWl0IjoiMTBweCA2cHgifQ==" input_border="1" btn_text="I want in" btn_tdicon="tdc-font-tdmp tdc-font-tdmp-arrow-right" btn_icon_size="eyJhbGwiOiIxOSIsImxhbmRzY2FwZSI6IjE3IiwicG9ydHJhaXQiOiIxNSJ9" btn_icon_space="eyJhbGwiOiI1IiwicG9ydHJhaXQiOiIzIn0=" btn_radius="0" input_radius="0" f_msg_font_family="521" f_msg_font_size="eyJhbGwiOiIxMyIsInBvcnRyYWl0IjoiMTIifQ==" f_msg_font_weight="400" f_msg_font_line_height="1.4" f_input_font_family="521" f_input_font_size="eyJhbGwiOiIxMyIsImxhbmRzY2FwZSI6IjEzIiwicG9ydHJhaXQiOiIxMiJ9" f_input_font_line_height="1.2" f_btn_font_family="521" f_input_font_weight="500" f_btn_font_size="eyJhbGwiOiIxMyIsImxhbmRzY2FwZSI6IjEyIiwicG9ydHJhaXQiOiIxMSJ9" f_btn_font_line_height="1.2" f_btn_font_weight="600" f_pp_font_family="521" f_pp_font_size="eyJhbGwiOiIxMiIsImxhbmRzY2FwZSI6IjEyIiwicG9ydHJhaXQiOiIxMSJ9" f_pp_font_line_height="1.2" pp_check_color="#000000" pp_check_color_a="#309b65" pp_check_color_a_h="#4cb577" f_btn_font_transform="uppercase" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjQwIiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJsYW5kc2NhcGUiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjMwIiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJsYW5kc2NhcGVfbWF4X3dpZHRoIjoxMTQwLCJsYW5kc2NhcGVfbWluX3dpZHRoIjoxMDE5LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMjUiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" msg_succ_radius="0" btn_bg="#309b65" btn_bg_h="#4cb577" title_space="eyJwb3J0cmFpdCI6IjEyIiwibGFuZHNjYXBlIjoiMTQiLCJhbGwiOiIwIn0=" msg_space="eyJsYW5kc2NhcGUiOiIwIDAgMTJweCJ9" btn_padd="eyJsYW5kc2NhcGUiOiIxMiIsInBvcnRyYWl0IjoiMTBweCJ9" msg_padd="eyJwb3J0cmFpdCI6IjZweCAxMHB4In0=" msg_err_radius="0" f_btn_font_spacing="1"]
spot_img

Related articles

Tarikh Bayaran Gaji Penjawat Awam 2024

Tarikh Bayaran Gaji 2024: Apa yang Perlu Anda TahuAnda mungkin sudah tahu tarikh bayaran gaji penjawat awam untuk...

Permohonan UPUOnline Bagi Kemasukan Ke IPTA Dan ILKA Sesi Akademik 2024/2025

Anda baru sahaja mendapat keputusan SPM atau STPM dan ingin melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi? Jika ya, anda...

Cari Kerja di MYFutureJobs

Fungsi Program MYFutureJobs 2024 : Perkara yang perlu anda tahuMYFutureJobs adalah satu program bantuan dan sokongan dari Kerajaan...

KARNIVAL KERJAYA MYFutureJobs OKU DAN TVET

PERKESO2024 TIADA LAGI YANG TERPINGGIRKarnival Kerjaya. 9Pagi hingga 5Petang. 01-03 Mac 2024 IDCC Shah Alam.Daftar Sekarang di www.myfuturejobs.gov.my/careerfairApa itu MYFutureJobs? Lihat...