“Segalanya memerlukan wang walaupun wang bukanlah segala-galanya”. Tetapi wang memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita. Tentang kenyataan diatas ada betulnya juga kerana kita tidak mahu menjadi seorang yang materialistik dan mata duitan semata-mata. Akan tetapi jika wang tidak dapat diuruskan dengan bijak ia juga akan membawa huru hara dalam kehidupan kita.
Sesetengah orang meletakkan wang bukan sebagai prioriti utama. Ada perkara lain yang harus “di utamakan” ini juga sangat betul. Tetapi wang tetap menjadi peranan penting di samping prioriti utama di dalam kehidupan kita. Di sini lah penting kita mendapatkan strategi mengenai kewangan kita.
Salah satu strategi dalam menjaga sistem kewangan kita ialah “JIMAT”.
Ada banyak lagi strategi yang harus kita kupas dan belajar serta kita amalkan dalam kehidupan. Tetapi kita cuba fokus dulu dalam bab berjimat.
Ada banyak tips-tips jimat yang perlu kita tahu contohnya:
1) Melatih diri dalam menahan nafsu berbelanja
2) Elakkan berbelanja untuk perkara yang tidak perlu
3) Lupakan atau abaikan sikit tentang Jenama@brand
4) Rancang makanan harian kita jangan terlalu boros
5) Rekod dan simpankan setiap keluar masuk perbelanjaan kita