Jika waktu dahulu hanya ada televisyen sudah cukup untuk buat anak-anak kita menjadi ketagihan. Zaman sekarang disetiap rumah sudah ada laptop, sumber-sumber untuk mengasyikkan minda anak semakin bertambah.
Ditambah pula dengan versi tv moden berasaskan android samada Add On ataupun built in. Yang boleh di install dengan Netflix atau Youtube dan pelbagai lagi aplikasi yang boleh memuatkan tontonan. Jika dulu hanya siaran Tv percuma (antena analog) dan Siaran Tv berbayar seperti astro sahaja yang ada.
Rancangan tv pilihan antara ibu bapa dan anak adalah berbeza. Ibubapa ada rancangan pilihan sendiri yang terdiri daripada hiburan,masakan, drama, dan sebagainya yang membuat ibubapa juga leka dan melekat pada tv. Manakala rancangan pilihan anak-anak pula adalah kartun.
Dari satu sudut nampak seolah-olah bagus, sebab anak memerap dirumah dan tidak suka keluar dan melepak di luar dengan kawan-kawan serta jauh dari rumah. Konon-konon anak sentiasa ada dan nampak di depan mata.
Dari sudut yang lain pula akan ada masalah lain jika mereka menonton televisyen tanpa kawalan masa dan tanpa kawalan konten yang ditonton. Anak-anak menjadi semakin kurang berminat untuk belajar dan membaca. Jadi malas untuk menelaah.
Tidak dinafikan bahawa tv juga ada perkara yang positif, ada juga rancangan-rancangan yang mengembangkan minda anak-anak, dan biasanya rancangan tv sebegini kurang menarik minat anak-anak. Ibu bapa harus mendorong anak-anak menonton rancangan yang sebegini.
Nota langkah-langkah kawalan menonton TV
- Tempatkan televisyen atau laptop ditempat yang tidak terdedah sangat, supaya sukar sedikit untuk On suis Tv.
- Tetapakan masa menonton, contohnya 2 jam atau sampai habis rancangan tertentu yang di benarkan. selepas selesai rancangan tv harus di tutup.
- Tonton bersama anak-anak untuk rancangan-rancangan yang bagus seperti dokumentari,berita, tokoh-tokoh yang hebat. Tonton bersama beserta dengan dialog memberi penerangan kandungan rancangan supaya mereka faham dengan tepat.