HomeBisnesLangkah-langkah Penting Dalam Pelaburan Saham Dan Panduan Bagi Newbie

Langkah-langkah Penting Dalam Pelaburan Saham Dan Panduan Bagi Newbie

Bagi yang berminat dan memang berniat untuk memulakan pelaburan saham, akan mengalami beberapa kekeliruan terutamanya dalam soal memilih pelaburan mana yang akan memberikan pulangan yang tinggi.

Tapi setiap pelaburan ia akan datang bersama dengan risiko…“Risk Come From Not Knowing What You Are Doing” bak kata pelabur terkenal dan pernah menjadi manusia terkaya di dunia sebelum ini.. Warren Buffet.

Anda kena belajar dulu step-step penting. Yang penting, kena ada ilmu yang betul dan langkah-langkah betul. InsyaAllah risiko akan dapat diuruskan dengan baik.

Langkah-langkah dan nasihat dalam pelaburan saham

  1. 5 perkara penting nasihat dari Doktor Saham SEBENAR.
  2. 3 persediaan penting sebelum mula melabur saham
  3. 5 nasihat pelabur berjaya

 

5 perkara penting nasihat dari Doktor saham sebenar

Ianya penting untuk anda tahu. Kerana dengan tahu kita dapat menyelamatkan diri daripada kerugian beribu-ribu ringgit setiap hari dan membantu kita dalam memahami pelaburan saham dengan lebih mendalam.

Orang kata Pelaburan saham itu senang…

Orang biasa guna sifir mudah, Asal ada duit + dengan beli saham yang menguntungkan = pasti dapat duit.

Pelaburan ini tidak semata-mata dengan sifir tambah sahaja, hakikatnya yang sebenar tidak semudah yang disangka.

Perlukan banyak masa, cuba bayangkan nak cari kaunter yang menguntungkan pun kita perlu ada ilmu yang betul dan kajian yang mendalam tentang kaunter tersebut sebelum membuat pelaburan.

Perlu melabur dulu dalam ilmu tentang pelaburan saham daripada pakar-pakar saham yang berpengalaman untuk mengelakkan kerugian. Baru-baru ini, saya sempat membaca sebuah e-book yang mengajar cara sebenar bermain saham dari zero.. Ia sangat membuka mata saya untuk mula melabur saham dengan lebih bijak!

Seorang Otai yang berpengalaman bergelar Doktor ini telah menulis sendiri Ebook hasil dari pengalamannya. Dan kita dapat pelajari 5 perkara penting dari sini:-

  1. 3 perkara yang perlu kuasai untuk mahir di dalam trading saham ialah menguasai dan memahami platform saham, memahami/menguasai Chart dan menguasai/mengawal emosi.
  2. Pasaran saham bergerak dengan sifatnya tersendiri.. Jadi pasaran tak ikut kita, kita yang kena ikut pasaran
  3. Perlu tahu trading style yang paling sesuai dengan anda, adakah anda jenis rempit (intraday, scalper), swing atau investor?
  4. Fahami kepentingan Time Frame (TF) amat penting untuk anda membuat kajian saham. TF 30minit tak sama dengan TF weekly
  5. Pentingnya mencari ilmu tentang pelaburan saham sebelum terjun melabur

3 persediaan penting sebelum mula melabur saham

Inilah kunci UTAMA yang menjadi penentu sama ada anda mampu membuat keuntungan dengan pelaburan saham atau hanya mampu menghanguskan duit semata!

Ramai juga yang terus terjun ke bidang pelaburan saham ini tanpa ada sebarang persediaan kerana sering mendengar iklan-iklan serta kata-kata orang yang ceritakan hanya yang indah-indah sahaja tentang pelaburan berisiko ini.

Akibatnya, duit modal pelaburan yang ada tersebut terus terlebur hingga menyebabkan mereka jatuh terduduk dengan penuh kekecewaan!

Sahabat-sahabatku,

Pelaburan saham ini bukanlah sekadar melaburkan duit tanpa perlu fikir panjang dan duit akan beranak pinak sendiri kerana ianya bukanlah seperti pelaburan ASB, Tabung Haji dan sebagainya..

Pelaburan saham ini memerlukan analisis mendalam berkenaan dengan pasaran saham semasa dan perlu melihat carta-carta serta peka dengan berita serta laporan semasa. Ini kerana pelaburan saham sangatlah berisiko!

Tanpa persediaan diri yang lengkap, anda hanya ibarat seperti menghulur leher untuk dipancung – pastinya anda akan alami kerugian yang banyak..

Inilah 3 persediaan yang anda PERLU ada sebelum memulakan langkah pertama sebagai seorang pelabur saham:

#1 – Persiapan Mental

Pelaburan saham adalah pelaburan yang sangat berisiko tinggi – setiap saat kaunter saham boleh berubah-ubah sama ada untung ataupun rugi. Pengurusan mental dan emosi sangatlah penting agar tidak tertekan melihat carta turun naik saham tersebut.

Memiliki mindset sebagai seorang pelabur saham profesional juga perlu agar dapat mengawal diri daripada membuat tindakan-tindakan yang tidak bijak akibat permainan emosi tadi.

#2 – Persiapan Ilmu

Untuk lebih berjaya dalam pelaburan saham, anda perlu mempersiapkan diri anda dengan ilmu-ilmu pelaburan saham sebenar. Pakar-pakar saham yang ada pada hari ini membelanjakan berpuluh-puluh ribu untuk sentiasa terus mencari ilmu tentang pelaburan ini.

Ini boleh membantu anda meminimumkan jumlah kerugian & memaksimumkan keuntungan pelaburan anda tanpa melakukan sebarang kesilapan.

#3 – Persiapan Modal

Ya, ianya sangat wajib! Anda perlu mempunyai modal yang cukup sebelum mulakan pelaburan saham. Tak perlu modal yang besar, tetapi pastikan anda cukup modal untuk membeli saham-saham yang didagangkan di bursa saham.

Pastikan modal yang digunakan ini bukanlah duit perbelanjaan bulanan anda – Gunakan duit lebihan daripada simpanan kecemasan anda untuk melabur!

Dengan adanya 3 persediaan ini, pastinya anda telah bersedia untuk menjadi pelabur saham yang berjaya dan pasti mampu membuat keuntungan dengan pelaburan saham anda!

Jika anda sudah bersedia, anda boleh mulakan langkah anda dengan membuat pelaburan ilmu SAHAM yang benar-benar terbaik dari pakar Saham sebenar – Dan mula menjadi pelabur saham yang menjana keuntungan lumayan dengan bermain saham!

 

Baca Juga 5 Nasihat Pelabur BERJAYA Tentang Pelaburan Saham Yang Sebenar

Kesemua nasihat ini mampu mengubah diri anda menjadi seorang pelabur saham yang bijak, matang dan pasti berjaya pada masa depan!

Pernah anda alami situasi sebegini..

Mula-mula anda membaca mengenai pelaburan saham dan potensinya, anda jadi bersemangat untuk memulakan pelaburan saham secepat mungkin kerana takut hilang peluang untuk membuat keuntungan terutama musim COVID-19 ini..

Tapi lepas anda mempunyai akaun CDS dan login platform saham pilihan anda..

Tiba-tiba anda menjadi tidak keruan dan emosi anda menjadi tidak stabil apabila melihat kaunter-kaunter saham yang disenaraikan.. Dan hati mula tertanya-tanya adakah kaunter itu menguntungkan atau sebaliknya?

Rileks, bukan anda seorang yang mengalami situasi ini.. Ramai yang mengalaminya termasuklah pelabur yang berpengalaman sewaktu memulakan pelaburan saham dulu..

Anda hanya perlu belajar cara menguruskan emosi anda daripada otai-otai pelaburan agar tidak terperangkap dalam permainan emosi yang tak berkesudahan ini – yang boleh menyebabkan kerugian masa & modal..

Berikut antara 5 nasihat terbaik daripada pelabur saham berpengalaman yang mampu mengubah diri anda menjadi lebih yakin dalam setiap tindakan pelaburan anda:

#1 – “An investment in knowledge pays the best interest..” – Benjamin Franklin

Dalam pelaburan saham, tiada yang lebih berbaloi untuk dilaburkan selain daripada ilmu pelaburan saham sendiri. Belajar dengan lebih mendalam tentang pelaburan saham sebelum terjun ke bidang ini.

#2 – “I will tell you how to become rich. Close the doors. Be fearful when others are greedy. Be greedy when others are fearful..” – Warren Buffett

Bersiap untuk melabur ketika pasaran menurun dan “keluar” daripada pelaburan tersebut ketika ia melambung tinggi.

#3 – “It’s not whether you’re right or wrong that’s important, but how much money you make when you’re right and how much you lose when you’re wrong..” – George Soros

Terlalu ramai pelabur yang obses dengan membuat keputusan yang betul walaupun hanya mendapat keuntungan yang sedikit. Untung besar & dapat kurangkan kerugian ketika buat keputusan yang salah kadangkala lebih baik.

#4 – “In investing, what is comfortable is rarely profitable..” – Robert Arnott

Kadangkala anda harus keluar dari zon selesa anda untuk memperoleh keuntungan yang lebih besar. Mulakannya sedikit demi sedikit agar dapat membina keyakinan diri sebagai seorang pelabur yang profesional.

#5 – The stock market is filled with individuals who know the price of everything, but the value of nothing.” – Phillip Fisher

Membuat pelaburan tanpa sebarang ilmu serta kajian yang mendalam akan menyebabkan anda membuat keputusan yang bakal merugikan setiap pelaburan anda. Kajian mendalam sangat penting berbanding sekadar mendengar pandangan orang lain.

Usah risau jika anda masih berasa down dan tertekan.. Usah risau juga jika anda mengalami situasi untung dan rugi dalam saham.. Ianya perkara biasa!

Dengan ilmu pelaburan saham yang betul SERTA mentor saham yang berpengalaman, anda pasti mampu mengawal emosi anda dan mula menjana keuntungan hasil pelaburan saham anda dengan strategi yang betul!

Klik link di bawah jika anda betul-betul serius untuk memulakan pelaburan saham!

JomLaburSaham.com

RELATED ARTICLES

Most Popular

Recent Comments