Dr Tan Seng Giaw lahir di Kota Bharu, Kelantan
Dr Tan lahir di Kota Bharu,Kelantan pada 26 Mei 1942. Beliau sangat mahir dan fasih dalam Bahasa Malaysia. Selain Bahasa Malaysia beliau juga menguasai Bahasa Inggeris,Bahasa Mandarin dan yang paling istimewa beliau juga mahir di dalam bahasa Jawi.
Wadah politik pilihan beliau ialah DAP. Sangat lama beliau berkhidmat di dalam DAP dan sekarang beliau adalah mantan ahli parlimen DAP.
Amalan dan Sikap Dr Tang Seng Giaw
Kerana Dr Tang seorang yang pandai menghormati pelbagai pihak,menghormati budaya dan adat setempat dan mendalami budaya setempat. Beliau sangat di hormati oleh pelbagai pihak lain termasuk dari yang berlatarbelakangkan parti politik yang berbeza.
Amalan yang sebeginilah yang boleh di kira agak tepat jika dikatakan sebagai ‘satu bangsa Malaysia’. Yang Sepatutnya Satu bangsa Malaysia hanya memakai satu Bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi. Baru lah semangat Perpaduan di antara kaum boleh di pupuk.
Kita tidak akan mencapai maksud slogan ‘satu bangsa’ jika kita menggunakan pelbagai bahasa untuk perantaraan rasmi.