Isu Air Tercemar Di Selangor

Di Kuasakan Oleh :

Isu air tercemar di Selangor yang menyebabkan sistem bekalan air di hentikan. Aku tinggal di Meru Klang maka rumah aku pun terlibat sekali ketiadaan bekalan air. Bermula semalam 4 september air di tangki betul-betul sudah habis.

Kebetulan juga semalam hujan turun dari pagi sampai ke petang. Jadi untuk mandi tengah hari memang kena tadah air hujan yang turun dari bumbung. Berbaldi- baldi jugak la dapat kumpul. Nasib ada corong khas untuk air hujan mengalir turun dari bumbung ke depan rumah, jadi air hujan sangat banyak dan laju.

Lepas siap basuh yang mana patut,mandi dan sebagainya. Kami sekeluarga bincang-bincang untuk balik kampung ke Gopeng. Memandangkan dengar berita isu air tiada ni akan berlanjutan sehingga 4,5 hari.

Jadi kul 9 malam semalam kami dari rumah meru bertolak ke gopeng. Sampai la di rumah Mak mertua di Gopeng tepat kul 12 tengah malam. Hari ni anak-anak dapat mandi manda dengan bahagianya. Agak susah jugak kalau anak kecik ramai tapi bekalan air tiada, kelam kabut habis. Solusinya balik Kampong.

Kecoh ya satu negeri, di media sosial, di berita tentang bekalan air terpaksa di henti kan kerana sungai yang menjadi punca bekalan air tercemar dengan bahan kimia yang di buang oleh Pihak Kilang yang tidak bertanggungjawab. Menteri Besar memgarahkan kilang dirobohkan. Dan pihak berkuasa tangkap dan reman beberapa orang pemilik kilang.

Buat masa sekarang 5 september 2020 kualiti air masih belum pulih sepenuhnya lagi. Harap-harap isu ini tidak berpanjangan dan cepat selesai. Susah Oii.... xde air ni.

AKMAR.NET

Menulis Blog santai-santai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Isu Air Tercemar Di Selangor

Isu Air Tercemar Di Selangor

Isu air tercemar di Selangor yang menyebabkan sistem bekalan air di hentikan. Aku tinggal di Meru Klang maka rumah aku...

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram